Dr Sugumaran Ditahan Di HKL Bagi Pemeriksaan Kesihatan

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 6:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pegawai perubatan kanan yang bertugas di klinik di bangunan Parlimen, Dr B. Sugumaran kini ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas ditemui polis di sebuah hotel di Pudu pada Jumaat.

Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran yang telah membuat laporan polis mengenai kehilangan doktor berusia 50 tahun itu berkata,  Dr. Sugumaran dipercayai sedang menjalani rawatan kemurungan dan berharap privasinya tidak diganggu.

Sepupunya, D Nithiananthan yakin Sugumaran berada dalam keadaan sihat walaupun hampir dua bulan hilang tanpa dikesan.

Malah  Nithiananthan juga masih tertanya-tanya kenapa sepupunya itu berkelakuan demikian.

"Dia ada menghubungi saya dari balai polis pada Jumaat dan saya bertanyakan keadaannya. 

"Dia hanya menjawab dirinya okay dan suaranya juga kedengaran okay.

"Tetapi saya masih belum berjumpa dengannya kerana keluarga saya ada upacara sembahyang untuk saudara yang meninggal dunia di Port Dickson.

"Saya belum menerima maklumat lanjut kerana hari minggu dan doktor belum ada di sana lagi," jelasnya.

Sugumaran yang  tidak kembali ke rumahnya di Taman Sri Rampai di Setiawangsa, Kuala Lumpur, sejak 3 Januari berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, ditempatkan di klinik di bangunan Parlimen sejak 10 tahun yang lalu.

Polis menemuinya dalam keadaan selamat di hotel bajet di Pudu, 7.30 Jumaat malam.

Sebelum itu, Sugumaran dipercayai  menginap di hotel bajet di Batu Caves selepas pihak polis menemui beberapa barang peribadi doktor itu seperti beg pakaian dan telefon bimbit dalam bilik hotel yang diinapinya sejak bulan lepas.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai berkata, kementerian sedang menunggu keputusan pemeriksaan perubatan Sugumaran sebelum membuat keputusan berkaitan tindakannya itu.

"Jika dia memberikan alasan dan keputusan rawatannya memuaskan, hukuman dibuat berdasarkan jawapannya. Dia mungkin diberi surat amaran atau hukuman lain," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dr. Sugumaran

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan