Hentikan Fitnah, Jangan Politikkan Isu Tabung Haji - Azeez

Diterbitkan: Sabtu, 20 Februari 2016 10:11 PM

Abdul Azeez Abdul Rahim

(Ubah saiz teks)

BALING: Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta pihak yang tidak bertanggungjawab supaya berhenti menyebarkan fitnah mengenai Tabung Haji. 

Beliau menyifatkan tindakan pihak berkenaan cuba meracuni rakyat, terutama pendeposit Tabung Haji, sebagai bermotifkan politik semata-mata.

"Kalau nak serang saya, seranglah saya dari segi politik tapi jangan serang saya melalui isu Tabung Haji tanpa usul periksa... hentikanlah," katanya kepada pemberita selepas Program Melestarikan Integriti Tabung Haji Bersama Masyarakat Baling di Dewan Badminton Kupang di sini, Sabtu.

Beliau menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap penyebar fitnah berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Azeez berkata pihaknya akan cuba mempertahankan kos menunaikan haji pada tahun ini iaitu RM9,980 bagi jemaah haji yang pertama kali menunaikan Rukun Islam kelima itu.

"Tabung Haji akan menanggung subsidi haji sebanyak RM180 juta untuk musim haji tahun ini," katanya.-Bernama

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan