Jemaah Pemangku Sultan Perkenan Senarai Exco Kedah - Bashah

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2016 7:05 PM

Ahmad Bashah (tengah) pada Jumaat, meninjau keadaan bangunan Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah, Padang Kerasak yang musnah dalam kebakaran. Dua blok bangunan sekolah itu terbakar Ahad lepas mengakibatkan kerugian kira-kira RM1 juta. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Jemaah Pemangku Sultan telah memperkenan senarai baharu Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Kedah, yang dijadual mengangkat sumpah jawatan itu pada Isnin ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Jumaat berkata senarai itu dipersembahkan kepada Jemaah Pemangku Sultan pada Rabu lepas semasa beliau menghadiri Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Kuala Lumpur.

"...bagaimanapun, senarai nama itu akan hanya diketahui pada 22 Februari (Isnin) ini... anda semua tunggulah pada tarikh itu (untuk mengetahuinya)," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Menengah Agama As-Siddiqiah di Padang Kerasak, Naka di sini, yang terbakar pada Ahad lepas.

Majlis mengangkat sumpah exco dan pengurniaan tauliah pelantikan itu dijadual berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit di sini, di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan, Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Mengenai kebakaran sekolah itu, Ahmad Bashah berkata beliau akan meminta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri supaya membantu membangunkan semula sekolah agama itu.

"Kerajaan negeri telah memberikan bantuan segera sebanyak RM100,000 dan pihak-pihak lain juga ada membantu. Saya akan mengarahkan syarikat-syarikat GLC untuk turun tengok dan bantu," katanya.

Beliau berkata apa yang penting adalah melihat pelajar-pelajar itu dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.

Dalam kebakaran kira-kira 5 petang itu, beberapa blok bangunan termasuk asrama lelaki musnah dalam kebakaran itu yang mengakibatkan kerugian lebih RM1 juta.

Kesemua 200 pelajar selamat dalam kebakaran itu.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Bashah Md Hanipah , Umno

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan