Bangkai Dugong Ditemui Di Kota Tinggi

Diterbitkan: Jumaat, 19 Februari 2016 7:59 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Seekor dugong ditemui mati terdampar di Pantai Tanjung Logok, Kota Tinggi pada pagi Jumaat.

Pengarah Jabatan Perikanan Johor, Munir Mohd Nawi berkata dugong tersebut ditemui orang awam kira-kira 10 pagi sebelum memaklumkan kepada Jabatan Perikanan.

"Keadaan bangkai tersebut dalam proses mereput," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata biasanya dugong cedera dan mati akibat terkena kipas bot, namun Jabatan Perikanan menunggu keputusan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian haiwan itu.

Dugong itu dipercayai mati sudah lebih 24 jam.

Munir berkata belum diketahui dari mana mamalia laut itu datang.

Sementara itu beliau berkata kerajaan negeri memperuntuk RM1 juta tahun ini untuk membangunkan pusat santuari dugong di kawasan antara Pulau Tinggi dan Pulau Sibu berhampiran Mersing.

"Pelan perancangan pusat santuari itu sudah dibuat dan pembangunan pusat tersebut yang bakal menempatkan 50 ekor populasi dugong akan dimulakan tahun ini," katanya.

Tags / Kata Kunci: Dugong

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan