Zamihan Ditukar Dari KDN Ke Jakim Dalam Tempoh 24 Jam

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 9:00 AM

Zamihan Mat Zin.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Zamihan Mat Zin yang pernah mencetuskan kontroversi selepas mengaitkan Jihad Salafi dengan militan Negara Islam, ditukarkan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam tempoh 24 jam.

Zamihan yang secara tiba-tiba menyebut Datuk Seri Shahidan Kassim, beliau mempersoalkan sekiranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu 'kepanasan' apabila beliau mengulas isu militan IS dan kaitannya dengan Jihad Salafi.

"Adakah kerana khidmat saya di sektor keselamatan menjadikan pihak tertentu 'kepanasan' apabila saya mengulas isu militan IS dan kaitannya dgn Jihad Salafi? 

"Mengapa ada Menteri JPM yang 'melompat'?," katanya dalam satu kenyataan.

Zamihan sepatutnya mengambil bahagian dalam wacana tertutup anjuran Shahidan untuk berdebat dengan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengelak perbalahan sesama umat Islam.

Bagaimanapun, Zamihan berkata, beliau tidak dapat menyertainya kerana ditukarkan sehari sebelum wacana tertutup itu.

Zamihan yang pernah berkhidmat di Jakim diarahkan untuk kembali melaporkan diri di jabatan itu berkuatkuasa Khamis.

"Apa dosa saya sehingga saya dihukum?" soal Zamihan yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja).

Zamihan berkata, sudah sedekad beliau terlibat menjalankan kolaborasi strategik dgn agensi keselamatan dalam membina modul, menganalisis data, memulih pengganas, gangster, pengedar dadah dan penjenayah tegar.

"Namun, kerana ada segelintir individu yang bersifat 'iri hati' dan berdendam dengan saya berkaitan fahaman Salafi Wahhabi, maka saya diserang melalui pelbagai sudut.  

"Saya terima ketentuan Allah ini dengan hati terbuka," katanya.

Zamihan turut menafikan kenyataan kontroversi di media yang mengaitkan beliau.

"Saya sebenarnya cukup menghormati boss saya di KDN," katanya.

Zamihan turut berikrar untuk tidak akan sesekali tunduk kepada setiap kebatilan yang dicetuskan oleh golongan Wahhabi, Syiah, Liberalisme agama mahupun ajaran sesat atau ekstremisme agama.

Dr Asri berkata, Zamihan menjadi serangan lisan selepas mendakwa orang lain sebagai sesat dan ekstremis.

"Walaupun Zamihan telah memanggil saya seorang mufti anjing, saya menasihati diri saya dan orang lain tidak melemparkan serangan terhadap beliau," kata Dr Asri.

Tags / Kata Kunci: Zamihan Mat Zin , Shahidan Kassim

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan