Polisi Sabah Tidak Bawa Masuk Pekerja Bangladesh

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 9:01 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah menetapkan polisi untuk tidak membawa masuk pekerja dari Bangladesh sejak tiga tahun lalu, kata Menteri Pembangunan Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Negeri, Datuk Siringan Gubat.

"Jadi tidak ada isu di sini. Polisi itu masih diguna pakai hingga kini," katanya dalam kenyataan sebagai respons kepada laporan yang menjadi viral di media sosial bahawa kerajaan negeri membenarkan kemasukan pekerja Bangladesh.

Beliau menasihat orang ramai agar berhenti menyebarkan perkara salah tersebut semata-mata atas kepentingan politik. 

Terdahulu, Malaysia dan Bangladesh akhirnya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menerima 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang dibawah sistem kerajaan kepada kerajaan (G2G) Plus.

Menurut Daily Star, Menteri Penggajian Luar Negara dan Kebajikan Ekspatriat Bangladesh, Nurul Islam dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menandatangani MoU tersebut di Pejabat Kebajikan Ekspatriat Dhaka kira-kira pukul 10 pagi (12 tengah hari waktu Malaysia).

Kabinet Bangladesh pada 8 Februari meluluskan draf MoU itu walaupun mencetuskan kontroversi selepas Malaysia mengumumkan akan membawa masuk pekerja Bangladesh melalui sektor swasta.

Di bawah perjanjian itu, levi bagi pekerja Bangladesh ditetapkan pada RM1,946 (Tk37,000).

Tags / Kata Kunci: Sabah , pekerja Bangladesh

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan