Kerajaan Akan Putuskan Segera Pelan Pengganti Gabenor BNM

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 2:26 PM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Kerajaan akan memutuskan dalam waktu terdekat berhubung pelan pengganti Gabenor Bank Negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bercakap kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan kerja seminggu beliau di Amerika Syarikat, di sini pada Rabu (Khamis di Malaysia), Najib berkata kerajaan yang perlu buat keputusan berhubung perkara itu.

Perdana Menteri diminta mengulas tentang pelan pengganti serta laporan berita memetik Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sebagai berkata yang beliau tidak mahu ahli politik mengambil alih jawatan di Bank Negara.

Zeti, yang bakal bersara pada April, berkata di Kuala Lumpur bahawa beliau tidak akan menyambung khidmat untuk satu lagi penggal.

Beliau berkata proses mencari pengganti sedang dibuat oleh Jawatankuasa Tadbir Urus Lembaga Bank Negara Malaysia yang dianggotai pengarah-pengarah bebas daripada sektor swasta.

Tags / Kata Kunci: Bank Negara Malaysia

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan