Peguam Negara Batal Mesyuarat Dengan Panel SPRM - Berita Semasa | mStar

Peguam Negara Batal Mesyuarat Dengan Panel SPRM

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 11:38 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali membatalkan pertemuan beliau dengan dua panel penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), demikian menurut sumber.

Seorang ahli panel itu mengesahkan bahawa Mohamed Apandi telah membatalkan mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 3 petang Khamis di Jabatan Peguam Negara.

Alasan bagi pembatalan itu tidak diketahui.

Sumber itu berkata, panel berkenaan berharap dapat bertemu dengan Peguam Negara selewat-lewatnya pada 24 Februari.

Sebelum ini dilaporkan bahawa sumber yang mengetahui tentang mesyuarat itu berkata terdapat 'kemungkinan besar' Mohamed Apandi akan ditanya mengenai keputusannya terhadap SRC International dan derma politik RM2.6 bilion.

Pada 26 Januari lalu, Jabatan Peguam Negara melepaskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada sebarang salah laku jenayah berhubung kes SRC International dan derma politik RM2.6 bilion.

Tags / Kata Kunci: SPRM

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan