Anugerah MyHero 2.0 Dilancar

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 11:59 PM

Joseph Kurup

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anugerah 'MyHero 2.0' dilancarkan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup berkata anugerah itu sangat bermakna kerana ia memberi penekanan tentang kepentingan keharmonian hubungan kaum dan persefahaman antara pelbagai kumpulan etnik.

"Program ini akan membantu mengeratkan lagi perpaduan antara rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama dan budaya, di mana individu daripada pelbagai kaum menghulurkan bantuan dan berbudi kepada satu sama lain," katanya pada majlis pelancaran anugerah itu di sini.

Dianjurkan bersama Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCI) dan Nanyang Siang Pau, Anugerah 'MyHero' diperkenalkan pada 2014 bagi mengiktiraf dan meraikan wira/srikandi tidak dicanang yang menabur bakti dalam memupuk perpaduan nasional serta keharmonian kaum.

Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan penyertaan perlulah menjelaskan tentang jasa seseorang serta butiran terperinci tentang diri orang berkenaan serta pengirimnya.

Penyertaan perlulah sampai kepada KLSCCCI selewat-lewatnya pada 31 Oktober.

Panel hakim akan memilih enam pemenang yang mempunyai kisah paling menyentuh perasaan.

Pemenang akan menerima hadiah RM5,000 serta trofi dan akan dilantik menjadi Duta Perpaduan Nasional oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
-- Bernama

Tags / Kata Kunci: MyHero , Joseph Kurup

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan