Singapura-Malaysia Tandatangan MoU Kerjasama Maklumat, Komunikasi

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 11:24 PM

Salleh Said Keruak

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA:Singapura dan Malaysia akan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) esok untuk menjalin kerjasama dalam bidang maklumat dan komunikasi.

Ia akan ditandatangani Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura, Dr Yaacob Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Komunikasi dan Maklumat (MCI) Singapura berkata majlis tandatangan akan berlangsung ketika Dr Yaacob berada di Kuala Lumpur untuk menghadiri program Muzika Ekstravaganza (Muzika) Ke-10.

MoU akan melibatkan kerjasama dalam produksi televisyen dan filem, pertukaran berita, teknologi maklumat dan perkhidmatan pos.

"Ia akan mengerat pertukaran antara pegawai, penyiar dan artis daripada kedua-dua negara," kata MCI.

Kementerian itu berkata MoU akan turut memperkukuh kerjasama sedia ada sektor penyiaran antara kedua-dua negara termasuk persembahan Muzika.

"Muzika merupakan platform untuk menonjol bakat muzik daripada Singapura dan Malaysia. Ia juga merupakan landasan bagi pegawai dan penyiar daripada kedua-dua negara bertemu dan membina hubungan dua hala," kata MCI.

Ia berkata MediaCorp Singapura dan Radio Television Malaysia (RTM) akan bersama-sama menerbitkan Muzika Ke-10. 

Tahun ini ia akan memberi penghormatan kepada ikon filem Melayu Tan Sri P. Ramlee yang digemari peminat huburan kedua-dua negara.

Muzika kali ini akan dihos Nadiah M. Din dari Singapura dan Ungku Ismail dari Malaysia yang siarannya akan disiar secara langsung di MediaCorp Suria dan  TV2 pada pukul 8.30 malam esok.

Dr Yaacob akan turut diiringi pegawai daripada kementeriannya, Pihak Berkuasa Pembangunan Media Singapura dan MediaCorp.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Singapura , Salleh Said Keruak

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan