Malaysia-Bangladesh Meterai MoU Ambil 1.5 Juta Pekerja

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 5:37 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia dan Bangladesh akhirnya menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk menerima 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang dibawah sistem kerajaan kepada kerajaan (G2G) Plus.

Menurut Daily Star, Menteri Penggajian Luar Negara dan Kebajikan Ekspatriat Bangladesh, Nurul Islam dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot menandatangani MoU tersebut di Pejabat Kebajikan Ekspatriat Dhaka kira-kira pukul 10 pagi (12 tengah hari waktu Malaysia).

Kabinet Bangladesh pada 8 Februari meluluskan draf MoU itu walaupun mencetuskan kontroversi selepas Malaysia mengumumkan akan membawa masuk pekerja Bangladesh melalui sektor swasta.

Di bawah perjanjian itu, levi bagi pekerja Bangladesh ditetapkan pada RM1,946 (Tk37,000).

Perjanjian itu mencetuskan beberapa kontroversi termasuk Agensi Pembekal Antarabangsa Pertubuhan Bangladesh (Baira)  menandatangani surat bantahan mengenai kemungkinan wujud monopoli oleh 'sindiket yang diterajui sebuah syarikat Malaysia' dalam pengambilan pekerja Bangladesh di sana.

Terdahulu di San Francisco, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membincangkan keputusan kerajaan untuk merekrut 1.5 juta pekerja Bangladesh dengan Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib, yang berada di luar negara untuk lawatan kerja ke California, Amerika Syarikat berkata kerajaan akan memastikan sebarang langkah diambil untuk memenuhi keperluan ekonomi.



Tags / Kata Kunci: MoU , Malaysia-Bangladesh

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan