Kerajaan Cadang Naikkan Kadar Kompaun Pembakaran Terbuka

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 10:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan bercadang menaikkan kadar kompaun mengikut skala bagi kesalahan pembakaran terbuka sebagai langkah membendung kejadian jerebu di negara ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata pada masa ini, kadar kompaun yang dikenakan ialah RM2,000 dan hukuman itu dilihat tidak setimpal dengan saiz kebakaran yang dilaporkan.

Justeru itu, beliau meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk melakukan kajian terperinci bagi mengenakan hukuman yang sewajarnya bagi kesalahan pembakaran terbuka itu.

Sebagai contoh, katanya, industri-industri yang mengaut keuntungan besar wajar dikenakan kompaun lebih tinggi bagi pembakaran terbuka berbanding pembakaran domestik di belakang rumah oleh individu.

"Jadi, kajian ini perlu dilakukan walaupun jerebu disebabkan oleh kebakaran di negara lain. Tindakan undang-undang perlu dilaksanakan bagi memastikan keadaan di negara kita tidak bertambah buruk," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu Kebangsaan di sini, Khamis.

Mesyuarat itu memutuskan untuk menubuh sebuah jawatankuasa bagi menjalankan kajian terperinci berhubung penggunaan teknologi kadar ukuran Indeks Pencemaran Udara (IPU), yang sering kali membawa kekeliruan dalam kalangan agensi kerajaan dan orang ramai.

Wan Junaidi berkata antara lain, jawatankuasa baharu itu akan menyeragamkan pelan tindakan jerebu yang meliputi proses pembenihan awan, nasihat mengurangkan aktiviti luar dan arahan penutupan sekolah serta institusi pengajian tinggi.

"Penyeragaman pelan tindakan jerebu akan memudahkan agensi kerajaan untuk memberi maklumat tepat kepada orang ramai mengenai langkah yang diperlu dilakukan ketika menghadapi jerebu.

"Sebelum ini, timbul percanggahan mengenai bacaan IPU sama ada kaedah ukuran berdasarkan 10 mikrometer atau PM10 atau ukuran bacaan 2.5 mikrometer (PM2.5) untuk menutup sekolah dan IPT," jelas beliau.

Wan Junaidi berkata sebuah lagi jawatankuasa ditubuhkan untuk menilai kos kerugian dialami pihak-pihak tertentu ketika jerebu melanda seluruh negara tahun lepas.

"Kementerian menerima laporan bahawa beberapa sektor seperti nelayan, petani, perladangan, pelancongan serta penerbangan mengalami kerugian ekoran jarak penglihatan yang terhad semasa jerebu.

"Namun, kementerian tidak mempunyai bukti nyata. Oleh itu, kita perlu melakukan kajian terperinci berhubung soal ini," katanya.

Wan Junandi memberitahu hasil kajian itu akan dilaporkan kepada Jawatankuasa Induk dalam tempoh tiga bulan sebelum ia dibentangkan dalam mesyuarat kabinet. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: kompaun , pembakaran terbuka

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan