RUU MKN 2015: Kerajaan Akan Teliti Kenyataan Majlis Raja-Raja

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 10:12 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan akan meneliti satu kenyataan yang dikeluarkan Majlis Raja-Raja bahawa beberapa Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 perlu diperhalusi.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang memberi taklimat mesyuarat ke-240 Majlis Raja-Raja di Istana Negara mengenai rang undang-undang (RUU) tersebut pada Selasa memberitahu Sin Chew Daily bahawa beliau akan meneliti kenyataan berkenaan.

Majlis Raja-Raja telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa mereka berpendapat bahawa beberapa peruntukan dalam RUU tersebut perlu diperhalusi.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang mempengerusikan mesyuarat tersebut akan menulis surat kepada Perdana Menteri mengenai perkara itu, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau menyedari kenyataan yang dikeluarkan Majlis Raja-Raja itu.

Najib berkata undang-undang itu tidak sama sekali merampas kuasa Yang di-Pertuan Agong dan bertujuan menangani ancaman keselamatan.


Tags / Kata Kunci: RUU MKN 2015 , Majlis Raja-Raja

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan