Kehilangan Doktor Parlimen Disedari Bulan Lepas

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 2:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kehilangan Dr B.Sugumaran, pegawai perubatan kanan yang bertugas di klinik di bangunan Parlimen di sini, mula disedari pertengahan bulan lepas.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata petugas-petugas Parlimen gagal menghubunginya selepas didapati tidak hadir bertugas di klinik itu.

"Beliau tidak datang bertugas ketika persidangan khas mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) di Parlimen pada 28 Jan lepas.

"Sebelum itu, ada petugas memberitahu doktor itu tidak bertugas," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Media melaporkan Dr Sugumaran tidak hadir bertugas hampir dua bulan dan Kementerian Kesihatan cuba mengesannya melalui keluarga dan telefon bimbitnya, namun gagal.

Ronald berkata Sugumaran pernah menghubunginya pada akhir Disember lepas untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu.

"Dua minggu selepas itu, saya cuba menghubungi telefon bimbitnya untuk nasihat berkaitan kesihatan namun gagal. Ketika itu, tanggapan saya mungkin beliau sedang bercuti.

"Tidak sangka perkara ini terjadi. Bagi saya, beliau seorang yang tidak mempunyai sebarang masalah dan sangat baik orangnya," katanya.

Ronald berkata pihak Hospital Kuala Lumpur telah meletakkan doktor ganti secara berjadual untuk sementara waktu bagi tugasan perubatan dan kesihatan di Parlimen.

Tags / Kata Kunci: Parlimen

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan