Isu Tiada Babi: Jakim Tiada Kuasa Ambil Tindakan

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 4:10 PM

Datuk Othman Mustapha

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk melakukan serbuan dan mengambil tindakan terhadap premis yang mempamer tanda 'tiada babi atau 'No Pork', kata ketua pengarahnya Datuk Othman Mustapha.

Beliau berkata serbuan dan tindakan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Sememangnya Jakim, jabatan agama Islam negeri, KPDNKK dan dengan agensi-agensi lain berkaitan (penguatkuasaan) mempunyai jawatankuasa khas berkaitan tanda halal ini," kepada ketika ditemui pemberita pada hari ketiga Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-37 di sini, Khamis.

Othman berkata permohonan pensijilan halal adalah secara sukarela dan mana-mana pihak yang ingin memohon, mereka perlu mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Istilah 'No Pork' itu memberitahu pengguna yang tidak makan babi bahawa premis berkenaan tiada babi. Dari segi (istilah) tanda halal, ia bukan sahaja merangkumi aspek babi, malah ayam yang tidak disembelih (mengikut syariat)," jelasnya.

Sehubungan itu, Othman berkata pengguna terutama umat Islam perlu memilih premis perniagaan yang mempamerkan logo halal bagi mengelak sebarang keraguan.

Mengulas mengenai majlis hafazan al-Qauran itu, Othman berkata persaingan di antara peserta sama ada hafiz atau hafizah pada kali ini amat sengit.

Beliau berkata pertandingan bertujuan meningkatkan bidang hafazan dalam negara bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa.

Seramai 78 peserta terdiri daripada 40 hafiz dan 38 hafizah dari seluruh negara mengambil bahagian pada majlis yang berlangsung lima hari mulai Selasa di Pusat Konvensyen Amanjaya, Meru di sini.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu menghafaz juzuk satu hingga 10; menghafaz juzuk satu hingga 20 dan menghafaz juzuk satu hingga 30.

Tags / Kata Kunci: Jakim

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan