Balu Mangsa Tragedi Rempuhan Mina Terima RM20,000 TH

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Lembaga Tabung Haji (TH) menyampaikan cek bernilai RM20,000 kepada Suriahanim Abdul Hamid, 41, iaitu balu Allahyarham Zulkifli Samad yang meninggal dunia ketika insiden rempuhan di Mina tahun lalu.

Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Johan Abdullah menyampaikan cek bagi manfaat Takaful Kematian Jemaah Haji itu ketika menziarahi waris keluarga Allahyarham di Taman Ukay Bistari, Khamis.

"Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Allahyarham terutamanya Suriahanim, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh," katanya dalam kenyataan media di sini.

Kenyataan media itu turut memetik Suriahanim menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan TH selain berterima kasih kepada institusi kewangan itu serta para petugasnya di Tanah Suci yang membantu proses pencarian dan penyempurnaan jenazah Allahyarham.

Allahyarham Zulkifly, 50, terkorban dalam tragedi rempuhan di Mina pada September lepas dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Syara'ek di Makkah.

-- Bernama
Tags / Kata Kunci: Mina , TH , Johan Abdullah , Zulkifli Samad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan