Abdul Adzis Dilantik KP DPB Yang Baharu

Diterbitkan: Khamis, 18 Februari 2016 7:00 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran, Jabatan Perdana Menteri, Abdul Adzis Abas bakal menerajui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai Ketua Pengarah Ke-11.

Pelantikan Abdul Adzis yang juga graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sejarah dan Pendidikan (Pengkhususan Sejarah dan Bahasa Melayu) itu berkuatkuasa Jumaat.

Kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan menyebut, pengalaman dan sumbangan besar Abdul Adzis mendorong pihaknya memberi kepercayaan dan amanah untuk beliau menerajui DBP.

"Perubahan tampuk pimpinan ini semestinya mampu menggalas fungsi utama DBP dan dapat merealisasikan jiwa besar organisasi yang tercipta dari suatu zaman dan lidah rakyat seperti diwartakan mengikut Akta DBP 1956.

"Ia menggariskan pembinaan dan memperkayakan bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi, selain perkara dasar dan penyelidikan, pembinaan, pengembangan bahasa dan sastera, penerbitan dan khidmat pengurusan DBP," katanya.

Ketua Pengarah DBP sebelum ini, Datuk Dr Awang Sariyan menamatkan khidmatnya secara kontrak pada 31 Januari.

Awang yang memulakan tugas sebagai Ketua Pengarah pada 1 Januari 2012 dikenali sebagai pakar linguistik dan pernah bertugas di pelbagai universiti di negara ini seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM), selain pernah menduduki Kursi Pengajian Melayu Malaysia China di Beijing Foriegn Studies University (BFSU) selama empat tahun.

Sebelum ini, jawatan Ketua Pengarah DBP disandang oleh Datuk Termuzi Aziz selama empat tahun bermula tahun 2009 yang menggantikan Datuk Dr Firdaus Abdullah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan