Shahrizat Gesa Negeri Pertimbang Semula Keputusan Hakim Syariah Wanita

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 10:42 PM

 Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Shahrizat Abdul Jalil.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Wanita Umno menggesa sembilan negeri untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka mengenai pelantikan hakim syariah wanita.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, sayap parti itu percaya bahawa fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pelantikan hakim-hakim wanita dibuat selepas mengambil kira semua faktor.

Sembilan negeri tersebut ialah Kedah, Terengganu, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa pelantikan seorang hakim wanita sebagai "harus".

"Bukankah lebih baik jika majlis fatwa negeri secara kolektif bersetuju mengenai perkara ini untuk kebaikan masyarakat Islam di Malaysia?," katanya dalam satu kenyataan.

Shahrizat merujuk kepada kenyataan oleh Ketua Hakim Syariah, Tan Sri Dr Ibrahim Lembut, yang dilaporkan berkata, keputusan tidak konsisten yang dibuat oleh majlis fatwa negeri walaupun keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan, telah menghalang wanita daripada menjadi hakim mahkamah syariah.

Ia turut mengehadkan peluang menjadi pegawai syariah wanita.

Sehingga kini terdapat lima negeri yang bersetuju untuk menerima hakim wanita iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perlis, Kelantan, Sabah dan Melaka.

Ibrahim berkata, negeri-negeri lain terikat dengan keputusan yang dibuat oleh majlis fatwa negeri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan