Pemuda MCA Siap Sedia Hadapi PRN Sarawak, PRU-14 - Berita Semasa | mStar

Pemuda MCA Siap Sedia Hadapi PRN Sarawak, PRU-14

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 11:33 PM

Tiong Lai (dua,kiri), Khairy (kiri) dan Sin Woon (tiga, kiri) bersama pemimpin utama MCA menyempurnakan upacara 'Lou Sang' di Majlis Rumah Terbuka Pemuda MCA di Wisma MCA, Rabu. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA sudah bersiap sedia menggerakkan jentera bagi membantu parti komponen Barisan Nasional (BN) dalam memenangi pilihan raya negeri Sarawak. 

Ketuanya, Senator Chong Sin Woon berkata, pihaknya telah mengadakan pemukiman di Sarawak untuk berjumpa dan berdialog bersama Pemuda parti komponen BN sebagai persiapan menghadapi pilihan raya negeri itu.

"Kami akan menggerakkan jentera untuk membantu mana-mana calon parti komponen memenangi lebih banyak sokongan daripada rakyat negeri itu," katanya ketika berucap pada majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Pemuda MCA di sini, Rabu. 

Turut hadir bersama kira-kira 200 tetamu ialah Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.

Dalam pada itu, Chong yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, Pemuda MCA turut melakukan persiapan menguatkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang akan datang. 

Malah beliau berkata, pihaknya bersama pemimpin jawatankuasa pusat telah mula menyediakan senarai calon berpotensi untuk diketengahkan pada PRU-14.

"Tahun 2016 merupakan tahun mencabar kerana kami harus bekerja keras untuk mengembalikan sokongan rakyat serta meneruskan perjuangan membantu rakyat," katanya. - Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan