Najib Puji Jaringan Gol Cantik Faiz Subri

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 9:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memuji pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang melakukan sepakan percuma yang sungguh cantik dalam perlawanan bola sepak Liga Super 2016 di Stadium Bandaraya pada Selasa.

"Hebat gol freekick Faiz Subri, khabar mengenainya sampai ke Amerika. Saya ada lihat klip freekick itu, memang cantik," katanya dalam catatan terbaharu akaun Twitternya pada Rabu.

Najib turut memuat naik klip video aksi Faiz yang melakukan sepakan percuma pada minit ke-62 dengan bola terus melencong dari kiri ke kanan sebelum masuk ke gawang Pahang.

Gol cantik hasil sepakan percuma itu telah mencuri tumpuan dunia termasuk beberapa portal antarabangsa.

Menurut portal berita British Independent (www.independent.co.uk), kemungkinan gol itu akan memenangi Anugerah FIFA Puskas 2016 sebagai 'Goal of the Year'.

Perlawanan pada Selasa menyaksikan Pulau Pinang menundukkan Pahang 4-1. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Mohd Faiz Subri

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan