Zika: Jabatan Imigresen Bantu Saringan Kesihatan - Berita Semasa | mStar

Zika: Jabatan Imigresen Bantu Saringan Kesihatan

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 5:30 PM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Jabatan Imigresen Teluk Intan akan membantu Jabatan Kesihatan negeri untuk membuat pemeriksaan kesihatan ke atas warga asing khususnya rakyat Indonesia yang tiba di Jeti Terminal Feri Hutan Melintang bagi mengekang penularan virus Zika.

Ketua Jabatan Imigresen Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata ia selaras dengan arahan kerajaan agar pintu masuk antarabangsa negara dikawal rapi.

"Selain melakukan pemeriksaan pasport pelawat, kita juga membantu pihak Jabatan Kesihatan menyediakan kemudahan bilik pemeriksaan lanjut untuk tujuan saringan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu. 

Khairul Anuar ditemui selepas pemeriksaan terhadap sebahagian daripada 302 penumpang feri yang tiba dari Pelabuhan Teluk Nibung, Tanjung Balai Asahan, Indonesia petang tadi.

Katanya pejabat kesihatan telah meminta ejen perkapalan untuk memaklumkan kepada penumpang mengenai pemeriksaan dan saringan kesihatan yang bakal dilalui sebaik tiba di jeti berkenaan. 

Berdasarkan statistik terkini Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), sebanyak 33 negara melaporkan jangkitan virus Zika dari Januari 2014 hingga 5 Februari tahun ini.
-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Zika , Jabatan Imigresen , Teluk Intan
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan