El-Nino Jejas Pengeluaran Mempelam Harumanis

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Fenomina El-Nino dijangka menjejaskan pengeluaran mempelam harumanis pada musim tahun ini bermula April ini, kata Pengarah Jabatan Pertanian negeri, Zulkepli Amin Mat Jusoh.

Katanya tanda-tanda kemerosotan pengeluaran ikon Perlis itu sudah nampak berikutan banyak pokok tidak mengeluarkan bunga, sebaliknya hanya mengeluarkan pucuk baharu.

"Musim kemarau memang sesuai untuk mempelam harumanis mengeluarkan bunga tetapi keadaan sebaliknya berlaku kerana pengaruh El-Nino," kata Zulkepli Amin kepada pada Rabu.

Beliau berkata mulai bulan ini pihaknya membuat semburan baja pada pokok-pokok harumanis agar pucuk muda cepat tua dan dapat mengeluarkan bunga.

"Hasil dijangka boleh dituai agak lewat dari kebiasaan itu iaitu pada akhir April dan berlanjutan hingga Jun," katanya dan menambah kira-kira 80 peratus pokok harumanis di ladang milik jabatan itu hanya mengeluarkan pucuk.

Menurut Zulkepli Amin seluas 1,028 hektar tanah di seluruh negeri ditanam dengan mempelam harumanis namun 650 hektar sahaja yang mengeluarkan hasil.

Perlis menghasilkan 2,400 tan metrik harumanis bernilai RM40 juta pada musim tahun lepas dan sebahagian dieksport ke luar negara, katanya.

Tags / Kata Kunci: Perlis , Harumanis

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan