Dzil Mikhail Mahu Sembuh Seperti 'Robocop'

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 8:56 AM

Nasaruddin dan isterinya menemani Dzil Mikhail yang berada di Hopital Kuala Lumpur.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kanak-kanak berusia empat tahun, Dzil Mikhail yang tersepit pada eskalator di KL Sentral 10 hari lalu menganggap kakinya yang hilang itu boleh diganti seperti yang berlaku kepada watak filem 'Robocop'.

Bapanya, Nasaruddin Idris, 40, berkata, anaknya yang dipanggil Mika amat meminati filem Robocop dan mahu menjadi seperti satu babak dalam cerita itu di mana seorang anggota polis yang cedera parah adalah separuh manusia dan separuh robot.

"Dia fikir bahawa dia akan mendapat pengganti kaki yang tercedera ini, sama seperti robot dalam filem itu," katanya dalam satu temu bual di sini pada Selasa.

Nasaruddin berkata, walaupun Mika terkenal dengan dengan sikap mudah mesra, tetapi sejak kemalangan itu dia telah menunjukkan tanda-tanda lebih agresif.

"Mika adalah seorang kanak-kanak yang peramah. Walaupun di taman permainan, dia mudah mendapat kawan-kawan baharu.

"Sekarang, dia sentiasa menunjukkan sikap agresif apabila dikelilingi oleh orang ramai.

"Hujung minggu lalu, ramai saudara-mara dan rakan-rakan melawat Mika dan dia agak agresif," kata Nasaruddin, sambil menambah anaknya tidak suka disentuh.

Nasaruddin yang sentiasa di sisi anaknya di Hospital Kuala Lumpur, berkata keluarganya telah menerima kejadian itu sebagai takdir.

"Saya bersyukur kerana pejabat saya berdekatan dengan hospital. Isteri saya pula telah mengambil cuti tanpa gaji untuk menjaga Mika," katanya sambil menasihati semua ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka .

Tags / Kata Kunci: Dzil Mikhail , tersepot eskalator

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan