Asean Perlu Persiapan Lengkap Ke Arah Ekonomi Digital

Diterbitkan: Rabu, 17 Februari 2016 10:02 AM

(Ubah saiz teks)

SUNNYLANDS (California): Komuniti Asean memerlukan persiapan lengkap termasuk terus mempromosi pendidikan STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) ketika rantau ini bergerak menunju kepada ekonomi digital, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.  

Perdana Menteri Malaysia itu berkata pendidikan STEM penting bagi memenuhi keperluan kerja untuk ekonomi seumpama itu dan ia harus diperkenalkan di peringkat sekolah.  

Pelaksanaan e-perdagangan masih rendah, misalnya lima peratus di Malaysia berbanding 30 peratus di Amerika Syarikat dan 20 peratus di China, katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir hari pertama Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin As-Asean selama dua hari di sini pada Isnin (Selasa di Malaysia).  

“Asean mempunyai peluang untuk melonjakkan pembangunan risekan rasmi kognitif yang menggunakan teknologi dalam meningkatkan sistem penyampaiannya, misalnya,dalam penjagaan kesihatan dan pengurusan bencana alam," kata beliau.  

Maklum balas mengenai perkara itu disampaikan oleh tiga ketua IT gergasi ketika mereka mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh Asean pada sidang kemuncak itu disini.

Mereka ialah CEO Microsoft Satya Nadella, CEO IBM Ginni Rometty dan CEO Cisco Chuck Robbins. 

Najib berkata pemimpin-pemimpin Asean berbincang dengan mereka dan mendapati Asean perlu memajukan satu set kemahiran ke arah mencapai matlamat itu.  

Rantau berkenaan juga perlu memajukan teknologi pemula supayasyarikat-syarikat boleh menggunakan teknologi itu tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan besar.  

Bagaimanapun, pakar-pakar itu mengingatkan bahawa pembuangan pekerja boleh berlaku akibat perubahan teknologi, oleh itu latihan semula kemahiran pekerja perlu dijalankan, kata Najib. 

Semasa perbincangan pemimpin-pemimpin Asean dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada sidang kemuncak itu, Najib menarik perhatian bahawa Asean perlu mengenalpasti faktor yang menyumbang kepada pembangunan Lembah Silicon, daerah pembangunan IT terkemuka dunia.  

“Kita perlu memajukan modal perniagaan di samping rangsangan daripada tokoh akademik seperti mereka dari Stanford University yang memberangsang pembangunan IT di Lembah Silicon,” katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib Tun Razak , Asean , Ekonomi Digital

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan