Rafizi Dakwa Tabung Haji Rugi RM933 Juta, Gesa Abdul Azeez Ditukar

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 9:21 PM

Rafizi Ramli

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mendakwa Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) mengalami kerugian RM933 juta ke atas pelaburannya dalam saham Felda Global Ventures (FGV).

Bercakap sebagai Pengarah National Oversight and Whistleblowers (NOW) , Rafizi menggesa Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim digantikan dengan calon yang lebih berkelayakan.

“Langkah awal untuk memberi jaminan kepada rakyat bahawa Tabung Haji akan dibebaskan dari campur tangan politik ialah dengan menukar Pengerusi Tabung Haji dengan seorang yang lebih layak.

“Saya akan terus mengulangi perkara ini sehingga kerajaan gantikan Azeez. Dengan apa yang sedang berlaku, ini sudah cukup untuk mengeluarkan Azeez dari Tabung Haji,” katanya pada sidang media, Selasa.

Rafizi, yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa Tabung Haji yang masih memegang saham FGV dan tidak melupuskannya walaupun mengalami kerugian menunjukkan wujudnya campur tangan politik.

Katanya, saham yang dibeli Tabung Haji pada RM1.3 bilion kini hanya bernilai RM454 juta.

“Ini bermakna walaupun harga saham FGV mula menunjukkan penurunan mendadak, Tabung Haji tidak mengambil apa-apa langkah melindungi dana pendeposit sebanyak RM1.3 bilion yang telah dilaburkan di dalam FGV," katanya.

Katanya adalah sesuatu yang pelik apabila Tabung Haji mengekalkan saham itu, apabila institusi lain yang melabur dalam FGV, seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan, melupuskan saham mereka perlahan-lahan antara 2012-2015.

"Tabung Haji mempunyai 284 juta saham FGV yang bernilai RM454 juta pada masa ini, dengan nilai kira-kira RM1.60 seunit berbanding RM4.50 seunit ketika pertama kali disenaraikan pada 2012," katanya.

Ditanya mengapa penglibatan politik memaksa Tabung Haji untuk terus berpegang kepada saham FGV, Rafizi berkata penjualannya akan menunjukkan sesuatu yang buruk.

"Mereka adalah pemegang saham ketiga terbesar FGV, jadi jika mereka menjualnya, ia bermakna bahawa mereka sedang melalui masa yang sukar," kata Rafizi.

Ketika dihubungi, Abdul Azeez berkata beliau sedar akan keadaan ini tetapi enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan