Penduduk Ampang 'Gempar' Ekoran Nahas LRT

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 8:09 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penduduk di sekitar laluan LRT Ampang di sini 'gempar' pagi Isnin apabila sebuah tren LRT tergelincir dari landasan menyebabkan sembilan penumpang 'cedera'.

Sejumlah 91 penumpang dalam tren itu 'panik' bila khuatir kegelinciran itu boleh menyebabkan kenderaan tersebut terhumban ke jalan raya.

Pasukan bomba yang menerima panggilan bergegas ke tempat kejadian.

Anggotanya segera membantu penumpang keluar dari tren yang sebahagiannya tersadai di luar landasan.

Pasukan ambulans bergegas menghantar mereka yang 'cedera' ke hospital.

Sementara itu, penumpang yang selamat dibawa keluar berjalan kaki sejauh kira-kira 400 meter ke stesen berdekatan.

Mereka melalui laluan kecemasan dengan bimbingan staf Rapid Rail.

"Insiden" itu sebenarnya simulasi dalam satu latihan bagi mempersiapkan petugas menangani situasi ketika berlaku kemalangan atau kecemasan.

Latihan yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi itu bagi menguji keberkesanan Pelan Tindakan Kecemasan.

Pelan itu dilaksanakan Prasarana Malaysia Berhad melibatkan laluan dari stesen baharu IOI Puchong yang akan dibuka dalam fasa kedua projek penyambungan jajaran LRT laluan Ampang pada 31 Mac depan.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Rail and Infrastructure Project Sdn Bhd Datuk Zohari Sulaiman berkata ujian itu bagi membolehkan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyediakan laporan lengkap bagi tujuan mendapatkan kelulusan untuk pembukaan laluan berkenaan.

Latihan itu melibatan antara lain polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan pasukan perubatan.

Untuk laluan Kelana Jaya, latihan serupa akan diadakan pada 14 April depan di stesen LRT Subang Alam. - BERNAMA 


Tags / Kata Kunci: LRT Ampang , simulasi kecemasan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan