Pemimpin-Pemimpin Asean Harap Obama Teruskan Gaya Penglibatannya

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 6:21 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media bersama wartawan Malaysia berkaitan Sidang Kemuncak Pemimpin AS-Asean pada Isnin.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan), Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman (dua, kiri) dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Awang Adek Hussin (kiri).
 -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

SUNNYLANDS (California): Pemimpin-pemimpin Asean berharap perhatian dan keutamaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama terhadap kumpulan itu diteruskan dan kekal dilaksanakan oleh presiden-presiden AS masa hadapan, kata Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin dari 10 negara Asia Tenggara mengiktiraf hubungan AS-Asean adalah penting sebagaimana blok itu dengan China.

"Hakikat bahawa Presiden Obama melepaskan cuti umumnya (hari ini Hari Presiden) dan mengadakan Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin AS-Asean membuktikan pengiktirafan Washington tentang pentingnya Asean," Najib memberitahu wartawan Malaysia pada Isnin (Selasa di Malaysia) pada akhir hari pertama sidang kemuncak dua hari di sini.

Najib berkata Asean dengan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS$2.4 trilion (RM10 trilion) dan populasi lebih daripada 600 juta orang dengan kumpulan kelas menengah yang berkembang merupakan rakan penting kepada AS.

AS, sebaliknya, menganggap penglibatannya dengan rantau ini, sebuah rantau penting dari segi strategi dan ekonomi yang dinamik di tengah-tengah Asia-Pasifik, merupakan tunggak utama bagi AS melaksanakan imbangan semula terhadap Asia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan