Logo 'Tiada Babi' Undang Kekeliruan, Logo Halal Panduan Terbaik - Jakim

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 10:21 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Logo Halal Malaysia adalah panduan terbaik bagi semua pengguna terutamanya umat Islam dalam memilih premis makanan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha.

Justeru, beliau menasihatkan pengguna agar bijak dan peka dalam membuat pilihan, berikutan isu papan tanda 'tiada babi' atau 'No Pork' yang digunakan segelintir pengusaha premis makanan yang tidak memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

"Produk yang mempunyai logo Halal Malaysia sememangnya terjamin halal dan bersih atau halalan tayyiba.

"Mungkin pengusaha premis makanan atau pemilik restoran itu mempunyai tujuan dan niat tersendiri, namun papan tanda sebegini pada hakikatnya boleh mengundang kekeliruan dalam kalangan pengguna terutamanya umat Islam," katanya dalam kenyataan di sini Selasa.

Beliau berkata permohonan Pensijilan Halal Malaysia telah dipermudahkan dengan sistem e-halal bagi menggalakkan pengusaha memohon sijil itu.


Di samping itu, Othman berkata pengguna juga boleh membuat semakan status halal menerusi Direktori Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau melalui aplikasi mobile myJakim di peranti android dan iOS.

Katanya Jakim sentiasa menjalin kerjasama erat dengan Jabatan Agama Islam Negeri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi memastikan kepentingan masyarakat Islam sentiasa terjamin khususnya dalam mendapatkan makanan dan produk yang halal.

"Ianya juga bagi mengelakkan pengguna Islam terkeliru dan sebagai usaha meningkatkan keyakinan pengguna terhadap Pensijilan Halal Malaysia," katanya.

Othman berkata Jakim juga akan bergerak seiring dengan apa saja ketetapan yang dibuat Jabatan Agama Islam Negeri dan KPDNKK dalam menangani isu itu.

Tags / Kata Kunci: logo halal , tiada babi , Jakim

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan