Bauksit: Larangan Perlombongan Sementara Tak Berkesan - Pakar Akademik

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 6:10 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerosakan alam sekitar disebabkan oleh perlombongan bauksit di Kuantan mungkin tidak dapat dipulihkan jika langkah pemulihan tanah tidak diambil, kata ahli akademik.

Felo penyelidik Universiti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Prof Dr Jamal Hisham Hashim berkata larangan sementara perlombongan bauksit tidak cukup untuk menyelesaikan keadaan.

Pemulihan bermakna mengambil langkah-langkah seperti pengisian semula lombong dan membaiki kerosakan jalan raya dan kawasan-kawasan perumahan berhampiran lombong.

"Pemulihan bukan seperti itu, bukan untuk pelombong haram terutamanya. Mereka akan menyerahkannya kepada pemilik tanah untuk membersihkan keadaan tanah yang kucar-kacir," katanya, dalam satu forum mengenai perlombongan bauksit mampan di Universiti Malaya di sini Selasa.

Peneroka perlu membayar kepada Felda sehingga RM47,000 untuk fi penanaman semula sekiranya mereka memotong pokok-pokok mereka.

Dr Jamal mendedahkan bahawa daripada 1,200 hektar lombong bauksit di Kuantan, 790 hektar adalah di tanah Felda, yang sebelum ini merupakan ladang kelapa sawit.

Pensyarah Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Maketab Mohamed berkata data pencemaran air menunjukkan kehadiran kromium dalam bauksit, yang merupakan racun kepada sawit pokok sawit.

Beliau berkata ini boleh menjejaskan usaha untuk menanam kembali pokok sawit di lot Felda yang sedang dibersihkan untuk perlombongan bauksit.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengenakan moratorium tiga bulan bermula 15 Januari lalu terhadap perlombongan dan pengangkutan bijih bauksit.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan