"Saya Pernah Kerja Di Medan Selera" - Anak TPM

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 3:56 PM

Nurulhidayah Ahmad Zahid.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas kenyataannya mempertahankan kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini dikritik hebat, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid menegaskan beliau pernah bekerja di sebuah medan selera untuk mencari wang poket sendiri.

Malah, katanya, beliau turut bekerja di sebuah syarikat penerbitan untuk menimba pengalaman.

"Apabila saya masih bersekolah, saya bekerja di sebuah medan selera di Jaya Jusco Alpha Angle, Wangsa Maju sebab nak tambah duit poket.

"Pada cuti semester saya bekerja di sebuah syarikat penerbitan untuk menimba pengalaman. Anda tidak boleh hanya berkata-kata seperti yang anda suka kerana saya juga ada suara dan boleh bercakap," kata Nurulhidayah dalam laman Instagram miliknya.

Nurulhidayah berkata dirinya juga adalah rakyat biasa dan menerima gaji RM1,700 selepas tamat pengajian dulu.

“Apa maksud anda orang atasan? Apa maksud anda dengan rakyat? 

“Saya pun rakyat juga! Saya bukan orang istana atau anak raja. Jadi, sila fahamkan kat sini,” katanya.

Nurulhidayah mempertahankan tindakan bapanya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Timbalan Perdana Menteri dengan menyatakan komen tersebut dibuat berdasarkan pengalamannya.

"Dia bercakap daripada pengalaman dia. Berbanding dengan zaman 70-an dia, rakyat Malaysia sekarang memang semakin malas dan memilih kerja," katanya.

Pada Isnin, laman Facebook Amran Fans mencadangkan di media sosial supaya Nurulhidayah - sebagai ikon belia negara dengan kelayakan ijazah komunikasi massa – bekerja di tempat seperti pusat panggilan, sebagai jurujual, promoter atau juruwang.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan