IS Dedah Video Militan Warga Malaysia Selepas Ditembak - Berita Semasa | mStar

IS Dedah Video Militan Warga Malaysia Selepas Ditembak

Diterbitkan: Selasa, 16 Februari 2016 9:22 AM

Mohd Najib Hussein.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan militan IS mendedahkan sebuah video yang merakamkan detik akhir seorang pemilik kedai buku warga Malaysia yang menjadi pakar membuat bom di selatan Filipina.

Video tersebut yang berdurasi tujuh minit dan 40 saat mengesahkan laporan bahawa Mohd Najib Hussein terbunuh pada 16 Disember lalu.

Dia dilaporkan terbunuh bersama 13 anggota Abu Sayyaf dalam pertempuran dengan tentera Filipina di Kepulauan Basilan.

Graduan kejuruteraan elektrik berusia 37 tahun itu yang menguruskan sebuah kedai buku di Universiti Malaya lebih dikenali sebagai Abu Anas al Muhajir.

Di selatan Filipina, dia dikenal pasti sebagai salah seorang pemimpin utama dalam sayap Bendera Hitam yang ada kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf.

Video tersebut yang didedahkan saluran media IS dalam bahasa Rusia, Al Furat Media, cuba menggambarkan dia sebagai mati syahid.

Upacara tersebut dimulakan dengan kumpulan militan Asia Tenggara membawa bendera IS masuk ke dalam kawasan hutan dan membaca sumpah kesetiaan kepada kumpulan pengganas tersebut.

Malah, jurucakap video tersebut menggunakan istilah 'belia Indonesia' yang difahamkan merujuk kepada Mohd Najib.

Jurucakap itu turut menerangkan bahawa Mohd Najib pergi ke Filipina dan menubuhkan sebuah kumpulan militan yang mengangkat sumpah kesetiaan kepada IS.

Dalam salah satu babak, Mohd Najib yang mengalami kecederaan dipapah rakannya.

Kamera tersebut memfokuskan ke wajahnya dan seorang lelaki lain dilihat menyentuh mukanya dengan tangan yang berlumuran darah.

Menurut sumber perisikan, Mohd Najib, bapa kepada lima orang anak meninggal dunia beberapa jam kemudian selepas terkena tembakan.

Mohd Najib merupakan pemimpin utama dalam sayap Bendera Hitam IS yang dipimpin seorang profesor dari universiti di Malaysia, Dr Mahmud Ahmad atau Abu Handzalah yang bersembunyi dengan Abu Sayyaf di selatan Filipina.

Menurut tentera, pertempuran tersebut melibatkan 150 anggota Abu Sayyaf tetapi angka sebenar kematian tidak dapat disahkan.

Tags / Kata Kunci: Mohd Najib Hussein , militan IS
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan