Peniaga-Peniaga Di Jonker Walk Tolak Penjualan Sosej Berbentuk Lucah

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 6:46 PM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Peniaga-peniaga di Jonker Walk berkata penjualan sosej berbentuk kemaluan lelaki amat memalukan komuniti peniagaan pasar malam di sini.

Penasihat Jawatankuasa Jonker Walk Datuk Gan Tian Loo berkata, penjualan bentuk makanan itu menimbulkan kemarahan peniaga-peniaga dan komuniti tempatan.

Gan berkata, pengeluar makanan tersebut membeli alat membuat wafel itu dari Taiwan malah telah menjadi popular di kalangan pelancong asing, bukannya masyarakat tempatan.

Jelas beliau, tindakan itu telah menjatuhkan reputasi Jonker Walk yang sememangnya terkenal antara destinasi makanan.

"Peniaga-peniaga meluahkan kekecewaan ketika mengadakan perjumpaan pagi Isnin," jelasnya.

Menurut Gan, pengeluar berusia lewat 20-an itu telah mengaku kesilapannya dan memohon maaf di atas tinkannya itu yang dianggap sebagai cuba membuat kelainan di Jonker Walk.

Sebelum ini, Datuk Bandar, Datuk Zainal Hussin berkata, pengeluar makanan itu telah diberi notis mengenai penjualan itu yang boleh menyebabkan lesen perniagaannya dibatalkan.

Tags / Kata Kunci: Sosej bentuk kemaluan , Jonker Walk

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan