Perubahan Pucuk Pimpinan Tak Jejas Pelaburan Di Kedah - Exco

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 1:00 PM

Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail

(Ubah saiz teks)

JITRA: Perubahan pucuk pimpinan di Kedah tidak akan menjejaskan minat dan keyakinan pelabur asing di negeri ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Perdagangan Dalam Negeri Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail.


Beliau berkata pemilihan Kedah sebagai destinasi pelaburan bukan disebabkan oleh individu tertentu, sebaliknya berdasarkan faktor-faktor kebolehupayaan sesebuah negeri menawarkan keselesaan kepada para pelabur.

"Saya penuh yakin sungguhpun ada perubahan pucuk pimpinan Kedah tidak akan jejaskan jumlah pelaburan, disebabkan oleh faktor kestabilan politik, konsistensi dasar, tenaga kerja mahir, kemahiran komunikasi dan kemudahan infrastruktur," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil firma Jepun, Asia Private Partnership di sini Isnin.

Keyakinan beliau turut dibuktikan apabila menurutnya ada pelabur sedia ada di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) mahu mengadakan mesyuarat dengan beliau dan Kedah Invest serta Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi membincangkan kemungkinan untuk menambah jumlah pelaburan di negeri ini.

"Mereka (pelabur) terima hakikat perubahan (pucuk pimpinan) tapi kita masih kekal dengan cara dan perancangan kita untuk beri keselesaan kepada pelabur dan supaya pelabur dijamin kehadiran mereka untuk mendapat pulangan yang baik," katanya.

Selain Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), lima lagi projek pemangkin yang dirancang bagi merancakkan lagi landskap pembangunan ekonomi negeri ialah Bandaraya Aero Kedah (KedahAerocity), Lebuh raya Sungai Petani-Kedah Inner Expressway (SPIKE) dan BandarRaya Sains Perubatan Kedah dan Taman Sains dan Teknologi Kedah.


Ia dibentangkan dalam Bajet 2015 Kedah. 

Projek-projek tersebut katanya, kebanyakannya dicetus melalui Makmal Transformasi Kedah yang terdiri daripada ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), profesional, wakil kerajaan negeri dan Pusat, ahli politik, serta dewan perniagaan yang dipandu oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN).

"Jadi ia bukanlah hasil idea individu tapi berpasukan. Daripada makmal itu salah satu benda kita kenal pasti ialah KXP yang boleh memacu pembangunan kawasan Kuala Muda, Kulim, dan boleh bantu KHTP untuk eksport hasil produk melalui udara," katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri masih menunggu kajian daya maju oleh konsultan dilantik Unit Perancang Ekonomi (EPU) bagi mengetahui keperluan KXP tersebut.

Beberapa projek katanya, tetap berjalan antaranya Bandaraya Getah yang menerima peruntukan RM320 juta dalam Bajet 2016 dan kini dalam status pengambilalihan tanah di Ladang Bukit Ketapang.

Kedah juga bakal menerima satu lagi projek besar melalui pelaburan Osram iaitu syarikat semikonduktor yang berpangkalan di Jerman sebanyak 1 bilion Euro bagi pembinaan kilang cip LED terbesar dunia dengan kerja-kerja pembinaan kilang dijangka bermula bulan hadapan.

Pembinaan Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT) bernilai RM3 bilion di Kuala Kedah pula dijangka bermula pada suku pertama tahun ini dengan kerja-kerja awal seperti penyediaan Laporan Kajian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Terperinci Kesan Alam Sekitar (DEIA).

Pelabur KIFT ialah Syarikat Lu Hai Feng dari China.

Komponen utama KIFT ialah kompleks penyimpanan sejuk beku dengan suhu sehingga -60 darjah Celcius, Taman Industri Makanan Laut dan pusat lelongan ikan tuna sama seperti di Pasar Tsukiji yang terkenal di Tokyo, Jepun.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan