Khidmat Malim Gunung Bakal Diperkenal Di Kawasan Pendakian Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 5:04 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

DUNGUN: Jabatan Perhutanan Terengganu bakal menggunakan khidmat malim gunung sebagai langkah mengawal keselamatan pendaki dan menjaga kebersihan di kawasan hutan lipur dan kawasan pendakian di negeri ini.

Pengarahnya Datuk Azmi Nordin berkata buat permulaan pihaknya menyasarkan sejumlah 50 malim gunung akan disediakan di kawasan Hutan Lipur Chemerong, di sini.

Katanya khidmat malim gunung yang terdiri daripada penduduk tempatan ini akan bermula pada awal bulan Mac ini sebaik kawasan yang menjadi tumpuan pendaki itu mula beroperasi.

"Para pendaki yang ingin melakukan pendakian perlu mendapatkan khidmat mereka dan bayaran yang dikenakan mengikut pakej yang akan ditetapkan Jabatan Perhutanan, persatuan dan pihak berkaitan seperti agensi pelancongan.

Dengan adanya malim gunung ini kita yakin kawasan tersebut lebih terjaga dari segi kebersihan dan keselamatan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya pihaknya akan menilai perkara itu dalam tempoh enam bulan dan jika ia menampakkan perkembangan positif terutama berkaitan penerimaan pendaki, perkhidmatan sama akan diperkenalkan ke Gunung Tebu, Besut.

Jelasnya bagi mereka yang berminat menjadi malim gunung permohonan perlu dikemukakan kepada Jabatan Perhutanan berdekatan, sekiranya melepasi syarat ditetapkan, mereka akan dipanggil untuk mengikuti beberapa siri kursus sebagai syarat.

"Setakat ini kita telah menerima 100 permohonan dan kita akan tapis terlebih dahulu sebelum meluluskan...bagi peringkat percubaan ini kita sasarkan seramai 50 pengambilan dahulu,"katanya.

Beliau berkata Hutan Lipur Chemerong menerima kira-kira 1,000 pengunjung yang gemar aktiviti pendakian dalam sebulan.

Tags / Kata Kunci: Malim Gunung , Terengganu

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan