Pengeluaran Permit Kelulusan Baharu Bawa Keluar Baki Bauksit Dikaji Semula - Junaidi - Berita Semasa | mStar

Pengeluaran Permit Kelulusan Baharu Bawa Keluar Baki Bauksit Dikaji Semula - Junaidi

Diterbitkan: Isnin, 15 Februari 2016 2:26 PM

Menteri Sember Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (tengah) berbincang dengan Pengarah Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Terengganu, Ir C. Poobalan (kiri) mengenai hakisan dan benteng pemecah ombak ketika melawat pantai Tok Jembal, Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA NERUS: Kerajaan sedang dalam proses mengkaji semula pengeluaran permit kelulusan (AP) baharu untuk memastikan baki simpanan 2.4 juta metrik tan bauksit di Pelabuhan Kemaman dapat dibawa keluar ke China sebelum tamat tempoh moratorium 14 April depan.


Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata semalam genap sebulan tempoh arahan moratorium kepada pengusaha bauksit untuk mengeluarkan baki simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan namun operasi membawa keluar baki bauksit itu tidak dapat dijalankan berikutan cuti Tahun Baru Cina.


"Kita bagi syarat, dalam masa sebulan untuk bawa keluar semua simpanan bauksit di Pelabuhan Kuantan, ada dua bulan lagi... daripada 3.2 juta tan metrik bauksit sebelum ini, 2.4 juta masih lagi tinggal di Pelabuhan Kuantan," katanya kepada pemberita selepas melawat projek mencegah hakisan pantai di Pantai Tok Jembal di sini Isnin.


Beliau berkata selepas tamat tempoh moratorium itu pengusaha tidak mempunyai alasan lagi untuk tidak menghabiskan baki bauksit yang masih lagi tinggal di Pelabuhan Kuantan.


Dalam pada itu, Junaidi berkata kerajaan tidak mengeluarkan sebarang kos untuk membersihkan kawasan yang terjejas akibat bauksit dalam tempoh sebulan ini kerana semuanya ditanggung pihak pengusaha bauksit itu sendiri.


Junaidi berkata dianggarkan RM500,000 perbelanjaan digunakan untuk membersihkan kawasan terjejas iaitu Jalan Kuantan-Pelabuhan, Jalan Bukit Goh, Jalan Bukit Kauntan, Jalan Sungai Lembing, Jalan Kuantan Bypass, Jalan Gebeng Bypass, Jalan Jerangau Jabor dan Jalan Bukit Sagu-Cherul.


Pada 13 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas akibat perlombongan bauksit bermula 14 Januari hingga 14 Februari.
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan