Tiga Kakitangan MAS Ditahan Di Bangladesh Seludup 30 Kura-Kura

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2016 9:50 AM

(Ubah saiz teks)

DHAKA: Tiga kakitangan Malaysia Airlines (MAS) ditahan kerana menyeludup 30 kura-kura di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal pada Jumaat malam, laporan akhbar harian Bangladesh, Prothom Alo.

Kesemua mereka merupakan timbalan pengurus stesen, Samiur Rahman, 35; pakar khidmat penumpang, Jewel Ahmed, 29; dan pengendali bagasi, Mizanur Rahman.

Ketiga-tiga mereka didenda Tk 1 lakh (RM5,150) setiap seorang oleh mahkamah di lapangan terbang. 

Menurut Prothom Alo, dua daripada mereka, Jewl dan Mizanur turut dijatuhkan hukuman penjara selama setahun.

Memetik pegawai penguatkuasa, Alamgir sebagai berkata, kura-kura itu dirampas di dalam tiga beg troli dengan tanda MAS di bahagian pelepasan di lapangan terbang pada kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan Jumaat.

Menurut laporan berkenaan, ketiga-tiga penumpang yang mahu menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur didapati tidak terlibat dengan penyeludupan itu selepas soal siasat dan pemeriksaan pada rakaman video.

Tambah pihak berkuasa, siasatan lanjut mendapati tiga kakitangan MAS terlibat dalam aktiviti penyeludupan itu bersama-sama dengan operator imbasan penerbangan awam, Hasan Parvez yang berjaya melarikan diri.

Pihak berkuasa penerbangan awam telah diarahkan untuk mengambil tindakan ke atas kakitangannya.

Sejumlah kura-kura itu kemudiannya diserahkan kepada Unit Kawalan Jenayah bagi Jabatan Hutan Hidupan Liar, Inspektor Ashim Mallick.

Beliau berkata, kesemua kura-kura itu yang bernilai Tk 10.5 lakh (RM1.05 juta) kemudiannya dilepaskan di Taman Safari Bangabandhu di Gazipur.  - The Daily Star/Asia News Network.


iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan