Premis Makanan Kelirukan Umat Islam Letak Tanda Tiada Babi Perlu Tindakan

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2016 8:27 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan perlu diambil terhadap premis makanan yang mengelirukan umat Islam dengan mempamerkan tanda "tiada babi" seolah-olah makanan yang disediakan di premis tersebut berstatus halal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata hanya premis makanan yang mempamer sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) boleh dikunjungim oleh pengguna beragama Islam.

"Pengusaha makanan yang meletakkan tanda tiada babi di premis mereka tidak mencerminkan apa yang dimaksudkan dengan halal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar budaya dan sambutan Tahun Baharu Cina untuk mualaf di Kepong, di sini pada Ahad.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas pengusaha premis makanan yang mengelirukan masyarakat Islam dengan meletakkan tanda "tiada babi."

Justeru, adalah perlu untuk mendidik masyarakat terutama pengguna beragama Islam, untuk membezakan antara logo halal yang sah dan tanda "tiada babi", kata beliau.

"Umat Islam harus sentiasa peka kepada kehendak Undang-undang syariah apabila membabitkan soal makanan. Meletakkan tanda tiada babi tidak bermakna ia adalah halal," katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melarang premis-premis makanan di negeri itu daripada meletakkan tanda "tiada babi" di premis mereka untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan masyarakat Islam.

Tags / Kata Kunci: Tanda Halal , Asyraf Wajdi Dusuki

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan