Malaysia Airlines Nafi Tiga Kakitangannya Ditahan Seludup Kura-Kura

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2016 8:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines menafikan laporan media bahawa tiga lelaki yang ditahan kerana menyeludup kura-kura di lapangan terbang di Dhaka, Bangladesh pada malam Jumaat ialah kakitangannya.

Dalam kenyataan pada Ahad, Malaysia Airlines berkata mereka yang terlibat secara langsung bukan kakitangannya dan insiden itu masih disiasat dengan terperinci.

Syarikat tidak akan bertolak asnur dengan mana-mana kakitangan, kontraktor atau penyedia perkhidmatan yang bersalah atas kesalahan jenayah dan menjalankan kegiatan yang menyalahi undang-undang.

"Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan, kata beliau.

Menurut media tempatan, tiga kakitangan Malaysia Airlines telah ditahan kerana menyeludup 30 ekor kura-kura yang dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka, Bangladesh pada malam Jumaat.

Mereka dikenali sebagai Samiur Rahman, 35, Jewel Ahmed, 29, dan Mizanur Rahman, 30.

Tags / Kata Kunci: Malaysia Airlines

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan