Kanser Dijangka Pembunuh Utama 2025, Tambah Baik Pelan Tindakan

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2016 10:33 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kanser merupakan pembunuh utama dan dijangka menjadi pembunuh lebih besar dengan peningkatan 54 peratus bagi kes baharu menjelang 2025 sekiranya ia tidak ditangani. 

Antara masalah lain ialah Malaysia tidak mempunyai pakar onkologi yang cukup untuk merawat bilangan pesakit kanser yang semakin meningkat.

Kerajaan kini serius mengemaskini dan menambah baik pelan tindakan kawalan kanser nasional untuk strategi pertempuran lebih baik terhadap kanser, penyakit yang turut disebabkan oleh amalan gaya hidup yang semakin tidak sihat dan pilihan pemakanan tidak baik.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, Malaysia mempunyai rancangan negara untuk mengawal kanser sejak 2008 tetapi tempohnya hanya sehingga 2015.

"Kami akan mengemas kini dan meneruskan rancangan untuk menangani lagi kanser di negara ini," katanya dalam temuramah.

Kementerian itu telah mula mengukuhkan pelan dengan berunding bersama pihak berkepentingan, termasuk pertubuhan bukan kerajaan untuk mendapatkan pandangan mereka mengenai rancangan itu, bagi tempoh sehingga 2020.

Rangka tindakan kawalan kanser negara diperkenalkan pada 2008, antara lain membawa kepada penubuhan Institut Kanser Negara pada 2013.


Antara keutamaan dalam pelan sebelum ini ialah pengesanan awal, membangunkan modal insan, menyediakan akses rawatan dan pengenalan standard dan kod amalan pengurusan kanser negara.

Mengenai jumlah pakar onkologi di negara ini yang tidak mencukupi pada masa ini, Dr Subramaniam berkata, langkah itu sedang diambil dengan melatih lebih ramai pakar. Beliau berkata: "Program ini sedang dilaksanakan."

Jika tiada sebarang usaha berhubung perkara ini, bilangan kes kanser baharu di Malaysia dijangka meningkat 54 peratus daripada 37,000 pada 2012 kepada 56.932 pada 2025.

Ia berdasarkan kepada unjuran dari Globocan, Agensi Antarabangsa Penyelidikan Kanser bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dilaporkan kira-kira 90,000 kepada 100,000 orang di Malaysia yang berjuang melawan kanser pada satu-satu masa, dengan lebih banyak kes tidak berdaftar setiap tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, usaha untuk menambah bilangan pakar onkologi adalah sebahagian daripada pelan tindakan itu.

Tags / Kata Kunci: kanser

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan