BN Dilihat Masih Relevan Di Sarawak, Kata Hishammuddin

Diterbitkan: Ahad, 14 Februari 2016 5:26 PM

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama Duta Besar China di Malaysia, Dr Huang Huikang (tiga, kiri) menggaul Yee Sang ketika menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Sembrong di Dewan Restoran Sin Yu Lee, Paloh Kluang, Ahad. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong (dua, kanan), Adun Paloh Teoh Yap Kun (kiri) dan Adun Kahang, R.Vidyananthan (kanan).

(Ubah saiz teks)

KLUANG: Barisan Nasional (BN) dilihat masih relevan di Sarawak berdasarkan sokongan rakyat pelbagai kaum dan lapisan umur, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata berdasarkan lawatannya baru-baru ini ke Sarawak, penerimaan rakyat terhadap BN dan kepimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem juga dilihat cukup baik.

"Saya tidak suka perkataan deposit tetapi saya percaya negeri itu akan sentiasa memastikan BN terus relevan di Sarawak," katanya ketika ditanya adakah Sarawak akan terus menjadi deposit BN pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak berakhir pada Jun ini.

Hishammuddin yang juga Anggota Parlimen Sembrong berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Sembrong di Restoran Sin Yu Lee, Paloh, dekat sini, Ahad.

Beliau berkata kepimpinan Ketua Menteri Sarawak berada di tahap yang cukup tinggi.

"Ini penting untuk kami buktikan bahawa apa sahaja serangan yang dibuat terhadap parti ini, akhirnya yang akan menentukan adalah rakyat ... majoriti rakyat.

"Bukan mereka yang kuat menyorak, bukan mereka yang kuat menuding jari, mereka yang selalu dalam media sosial tetapi pengundi yang akan tentukan jatuh bangun parti," katanya.

Hishammuddin berkata justeru itu adalah penting bagi kepimpinan parti komponen BN di Sarawak mengekalkan kebijaksanaan, persefahaman dan persamaan dalam mengatur strategi menjelang pilihan raya negeri akan datang.

"Persefahaman antara parti-parti komponen BN di Sarawak mestilah berada dalam satu, perancangan yang rapi dan keduanya mesti bersatu dalam memastikan kemenangan calon-calon kita (BN)," katanya.

Beliau berkata, kebijaksanaan, kesamaan dan persamaan yang telahpun wujud begitu lama dalam BN diharapkan dapat diterjemahkan kepada agihan kerusi pada pilihan raya negeri itu.-- Bernama


iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan