Umno Berupaya Menangani Isu Membabitkan Parti - Annuar Musa

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 4:00 PM

Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah bergambar sebelum memulakan Perjumpaan Bersama Jentera Penerangan Umno Kedah di Bangunan Umno Kedah, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata Umno mempunyai keupayaan untuk menangani dan menyelesaikan apa juga isu yang melanda parti berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Beliau berkata, apa juga isu yang timbul dalam parti merupakan lumrah dalam politik.

Katanya, Umno yang merupakan tunjang Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara ini akan terus berdepan dengan pelbagai isu yang diputar belit oleh pihak tertentu termasuk parti pembangkang.

"Ini realiti dalam politik ... kami terpaksa beri penjelasan yang betul kepada rakyat.

"Saya tak nafikan yang kami (Umno) ada (tidak terlepas daripada) masalah ...kami ada keupayaan untuk tangani perkara ini berdasarkan pengalaman mengatasi beberapa krisis politk yang besar sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Penerangan Umno Bahagian dan Sayap di Pejabat Badan Perhubungan Umno Kedah di sini, Sabtu.

Beliau memberi contoh baru-baru ini parti pembangkang telah memberi gambaran seolah-oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah menghentikan tajaan kepada pelajarnya sehingga mengundang persepsi negatif terhadap agensi kerajaan itu.

Annuar yang juga Pengerusi Mara berkata sebaliknya Mara telah membelanjakan RM2 bilion setiap tahun untuk membiayai 75,000 pelajar.

Dalam pada itu, Annuar berkata sebagai Ketua Penerangan Umno yang baharu, beliau akan berusaha memperbetulkan persepsi masyarakat terhadap parti itu yang telah diputarbelitkan oleh parti pembangkang.

"Kami mahu Umno negeri dan bahagian melaksanakan gerak kerja penerangan secara efisien dan menyeluruh sehingga ke peringkat akar umbi," katanya.

Katanya beliau akan menjelajah ke setiap negeri bagi bertemu dan mendengar masalah yang dihadapi Umno sebelum merangka gerak kerja untuk pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu, Annuar turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah  Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Annuar Musa , Umno , BN

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan