Premium Insurans Pesawah Dijangka Bawah RM100 - Tajuddin

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 3:55 PM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyertai demonstrasi pembajakan sawah di Pusat Benih Padi sebelum Majlis Perasmian Seminar Ke Arah Peningkatan Hasil Padi Berkualiti di Felcra Seberang Perak, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PASIR SALAK: Premium insurans pesawah padi yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi dianggar sekitar RM100 sebulan, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata pihaknya akan berusaha mencari formula terbaik bagi insurans tersebut untuk memastikan jumlah premium yang dikenakan tidak membebankan pesawah.

"Kami belum putuskan berapa jumlah premium itu tapi ia tak akan terlalu tinggi dan mungkin bawah RM100," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Ke Arah Peningkatan Hasil Padi Berkualiti di sini, Sabtu.

Tajuddin berkata, insurans khas untuk pesawah padi itu bertujuan untuk melindungi golongan tersebut jika berlaku sebarang bencana termasuk banjir.

Katanya ketika ini terdapat 155,000 pesawah padi di seluruh negara.

Dalam pada itu, Tajuddin mengulangi gesaan supaya pesawah di beberapa negeri meningkatkan hasil pengeluaran kepada sekurang-sekurangnya 10 tan metrik bagi setiap satu hektar sawah padi.

Beliau berkata ketika ini purata produktiviti padi bagi satu hektar sawah adalah kira-kira enam tan metrik dengan anggaran pendapatan antara RM1,800 hingga RM2,000.

"Ini tak cukup untuk petani nak sara keluarga dan anak-anak memandangkan kos semakin meningkat, lagi-lagi dengan nilai Ringgit yang semakin jatuh," katanya.

Mengenai seminar sehari itu, Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata ia bertujuan untuk memberi pengetahuan dan maklumat kepada para pesawah tentang perlunya meningkatkan hasil dan kualiti padi.

"Majoriti penduduk di sini adalah petani yang sebahagian besar adalah pesawah dan ekonomi di sini berasaskan padi dan beras," katanya.--Bernama


Tags / Kata Kunci: Tajuddin Abdul Rahman , pesawah padi

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan