Langkah Keselamatan Bantu Pendaki Naik Gunung Baling

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 12:51 PM

Gunung Baling.

(Ubah saiz teks)

BALING: Majlis Daerah Baling (MDB) akan mengkaji untuk memperketat langkah keselamatan kepada mereka yang mandaki Gunung Baling termasuk menyediakan jurupandu, kata Pegawai Daerah Baling, Dzohir Md Zain.

Beliau berkata langkah itu perlu dilakukan kerana sejak akhir-akhir ini banyak berlaku perkara tidak diingini kepada mereka yang mendaki gunung tersebut yang jumlah pendakinya semakin bertambah.

"MDB akan turut melatih jurupandu supaya dapat membantu pendaki agar tidak tersesat laluan," katanya.

Pada Disember tahun lalu, empat remaja dilapor sesat ketika mendaki gunung tersebut dan lima remaja turut dilapor sesat pada Sabtu lalu.

Sementara tiga hari lepas berlaku kebakaran hutan seluas empat hektar di gunung itu yang kerja-kerja memadam api ditamatkan semalam walaupun api masih belum dipadamkan sepenuhnya hingga ketika ini.

Dzohair berkata antara elemen lain yang dikaji ialah untuk mewujudkan unit khas bagi membantu sekiranya pendaki menghadapi kesukaran semasa mendaki.

"Kemungkinan juga selepas ini mana-mana individu yang ingin mendaki gunung ini perlu mengisi borang dan mendapat keizinan dari pihak MDB terlebih dahulu," katanya.

Sementara itu Penolong Pengarah Bahagaian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nazri Zakaria berkata pihaknya masih menyiasat punca kebakaran yang mengakbatkan aktiviti pendakian terpaksa dihentikan buat  sementara waktu.

"Pendaki juga diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran semasa melakukan ekspedisi pendakian termasuk membuang puntung rokok sesuka hati," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Gunung Baling

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan