Jangan Politikkan Pelantikan Haron Din Dalam MPI - Asyraf Wajdi

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 10:46 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pelantikan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI) bukan satu bentuk penghinaan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau yang juga Ketua Kluster Sosial MPI berkata Haron adalah tokoh paling tepat bagi mengepalai kluster terpenting MPI itu dan menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan pelantikan tersebut.

Katanya pelantikan itu adalah penghormatan tertinggi kerajaan kepada Haron yang akan memperinci segala pandangan dan cadangan berkaitan hal ehwal dakwah Islamiah sebelum diangkat bagi dibincang dan diputuskan oleh MPI.

"Hakikatnya, ramai mengenali dan menghormati Dr Haron sebagai tokoh dakwah negara berbanding tokoh politik, lama sebelum beliau dilantik sebagai Mursyidul Am PAS.

"Bahkan sehingga hari ini kawan mahupun lawan yg berbeza fahaman politik pun tetap merujuk buah fikiran beliau dalam hal-hal berkaitan dakwah," kata Asyraf Wajdi dalam laman Facebooknya, pada Sabtu.

Beliau berkata agenda dakwah Islamiah seharusnya diangkat sebagai agenda ummah dan merentasi ideologi politik kepartian yang rigid dan sempit.

"Sesekali alangkah molek untuk kita melihat sesuatu dalam kerangka yang lebih besar berbanding cuba menafsirkan setiap perkara daripada kaca mata politik yang memecah-belahkan," tegasnya.

Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dilaporkan sebagai berkata, pelantikan Haron dalam MPI oleh Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada dua hari lepas merupakan satu penghinaan kepada parti Islam itu dan perlu ditolak.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan itu, PAS perlu membuat satu keputusan politik bagi membetulkan perkara itu.


iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan