Husam Dirujuk Kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 3:01 PM

Husam Musa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin PAS kerana membuat kritikan dan dakwaan terhadap parti, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim berkata terdapat merit berhubung aduan yang dibuat terhadap Husam baru-baru ini supaya beliau dipertimbangkan untuk prosiding tatatertib.

"Selepas mengkaji daripada semua aspek, termasuk akur kepada prinsip asasi undang-undang iaitu 'Rules Against Bias' dan 'Conflict of Interest', maka jawatankuasa pusat melihat keperluan untuk merujuk aduan ini kepada jawatankuasa disiplin parti agar tindakan diambil mengikut perlembagaan PAS," katanya.

Prosiding Lembaga Disiplin akan dipengerusikan bekas Naib Presiden PAS dan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Dr Daeng Sanusi Daeng Mariok.

"Kami meminta kerjasama jawatankuasa tertib untuk membincangkan dan membuat keputusan mengenai kes itu secepat mungkin bagi mengelak khabar angin dan spekulasi yang boleh menjejaskan parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu di sini, Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu mendakwa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu membentuk kerajaan Perpaduan dengan Umno semasa krisis menteri besar Selangor tahun lalu.

Malah, beliau turut menegur Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Muhammad Amar Nik Abdullah dan Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Takiyuddin Hassan kerana gagal membawa usul itu untuk dibentangkan di Parlimen.



Tags / Kata Kunci: Husam Musa , PAS , jawatankuasa tatatertib

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan