Penglibatan Bumiputera Dalam Industri Halal Dipergiatkan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Februari 2016 3:40 PM

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan beramah mesra dengan penceramah Kiyai Suhaili Solijin (kiri), moderator Datuk Subirin Sahan, Ustaz Suhaimi Ahmad (dua, kanan) dan Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadot (kanan) selepas Siri Jelajah Forum Perdana Sempena Hol dan Zikir 'Kehidupan Selepas Kematian' Peringkat Daerah Pontian di Masjid Jamek Kampung Parit Arif, Benut, Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Penglibatan golongan Bumiputera dalam industri halal akan dipergiatkan lagi memandangkan jumlah yang terlibat dalam industri itu masih kecil.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan berkata daripada 800 buah syarikat yang mendapat pensijilan halal, hanya 39 peratus merupakan syarikat Bumiputera.

"Daripada jumlah itu juga, cuma 11 peratus sahaja syarikat Bumiputera yang terlibat dalam aktiviti eksport halal," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian pada majlis Siri Jelajah Forum Perdana Sempena Hol dan Zikir di Masjid Jamek Kampung Parit Arif, Benut, dekat sini, Sabtu.

Ahmad berkata, penubuhan Majlis Halal Malaysia (MHM) yang diumumkan baru-baru ini diharap dapat membantu meningkatkan lagi penglibatan Bumiputera dalam industri halal.

Katanya menerusi kementeriannya, beliau diberi tanggungjawab untuk menggalakkan lebih banyak lagi penglibatan Bumiputera dalam industri halal.

"Kita akan meningkatkan lagi kempen kesedaran mengenai aktiviti keusahawanan ini melalui media massa.

"Ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara keusahawanan sekaligus mencapai hasrat kerajaan untuk menjadi negara maju menjelang 2020," katanya.

MHM akan menjadi entiti khas untuk menyelaras semua agensi terlibat dalam menjadikan Malaysia peneraju industri halal global.

Penubuhannya akan dibuat menerusi pembentangan akta khusus di Parlimen yang disediakan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Ahmad Maslan , Bumiputera , halal

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan