Kenyataan Sabotaj Rayani Air Bagi Jawab Spekulasi Umum

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 5:18 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Unsur sabotaj yang dikaitkan dengan isu keretakan cermin kokpit pesawat Rayani Air timbul bagi menjawab spekulasi umum berhubung siasatan bagi mengetahui motif kejadian itu, kata Pengarah Urusan syarikat penerbangan itu, Ravi Alagendrran.

Beliau berkata, siasatan yang dilakukan oleh pasukan kejuruteraan Rayani Air berhubung insiden itu merangkumi semua faktor termasuk masalah teknikal dan cuaca.

“Kenyataan mengenai kemungkinan wujud unsur sabotaj bukannya kenyataan asal daripada Rayani Air tetapi ia bagi menjawab spekulasi orang ramai.

“Jadi, bila timbul spekulasi dan persoalan berkaitan sabotaj, maka kita perlu siasat insiden berkenaan sama ada ia melibatkan tindakan sabotaj atau tidak, seperti mana siasatan melibatkan masalah teknikal atau cuaca. Bagaimanapun, kita telah sahkan dalam kes ini, tiada unsur sabotaj,” katanya kepada mStar Online pada Jumaat.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Jumaat bahawa Rayani Air tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan bersifat spekulasi berhubung isu cermin kokpit pesawat yang retak sehingga mengakibatkan pembatalan dua penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Tiong Lai turut dilaporkan sebagai berkata, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) bagaimanapun masih belum menerima laporan siasatan awal berhubung dakwaan berkenaan, namun menjangka ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Mengulas lanjut, Ravi berkata, pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan DCA berhubung nasihat dan prosedur keselamatan susulan insiden tersebut.

“Laporan siasatan akan dikemukakan kepada DCA dalam waktu terdekat,” ujarnya.

Pada Selasa, Rayani Air menerusi kenyataannya berkata, pembatalan penerbangan bukan disebabkan masalah teknikal, tetapi kerana keretakan cermin kokpit.

"Cermin kokpit ditemui retak selepas penerbangan malam tadi (Isnin malam). Kita menyiasat insiden ini sama ada ia merupakan tindakan sabotaj atau tidak,” kata syarikat penerbangan itu.

Bagaimanapun, Ravi pada Rabu lalu mengesahkan bahawa tiada unsur sabotaj berdasarkan hasil siasatan syarikat penerbangan itu.

Lebih 200 penumpang Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada Selasa lalu selepas penerbangan mereka dibatalkan, melibatkan dua penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur pada pukul 11.10 pagi dan 6.20 petang.

Tags / Kata Kunci: Rayani Air , Ravi Alagendrran , DCA , Liow Tiong Lai

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan