Sektor Makanan: Pekerja Asing Hanya Tukang Masak, Kerja Pembersihan

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 9:38 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menegaskan kebenaran penggajian pekerja asing dalam sektor perkhidmatan makanan hanya melibatkan tukang masak dan tenaga kerja pembersihan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pihaknya sedang menjalankan operasi bersepadu bersama Jabatan Imigresen dan agensi terlibat untuk menahan mana-mana pengusaha premis perkhidmatan makanan yang menyalahgunakan kebenaran berkenaan dengan menggajikan banyak pekerja asing.

"Sejak minggu lepas lagi kita sudah jalankan operasi ini dan kita akan tangkap mana-mana pengusaha yang menggaji pekerja asing sebagai pelayan kedai, juruwang dan sebagainya.

"Dalam hal ini, tiada pengecualian kepada mana-mana pihak kerana kita tidak mahu apabila kadar baharu levi pekerja asing dinaikkan nanti akan menyebabkan pengusaha naikkan harga makanan dan bebankan pengguna pula," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman kerajaan untuk menaikkan kadar levi pekerja asing sebanyak dua kali ganda yang sepatutnya dilaksana pada 1 Februari lepas, yang dibimbangi boleh menyebabkan berlakunya kenaikan harga makanan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Khamis mengumumkan penangguhan kenaikan kadar levi itu sehingga 20 Februari ini untuk berbincang dengan dewan perniagaan, persatuan industri dan badan bukan kerajaan terlibat berikutan mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Sebelum ini, kerajaan menyatakan kadar levi sektor pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan akan dinaikkan kepada RM2,500 setiap pekerja manakala sektor perladangan dan pertanian pula bertambah kepada RM1,500 seorang. 

Keputusan pengenalan kadar levi baharu itu dibuat seiring pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pengubahsuaian Bajet 2016 yang menyentuh mengenai penyusunan semula kadar levi pekerja asing ini pada 28 Januari lepas.

Mengambil contoh pengusaha restoran, Hamzah menyifatkan mereka mempunyai banyak langkah lain bagi mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing, antaranya dengan melaksanakan kaedah layan diri. - Bernama

Tags / Kata Kunci: pekerja asing

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan