Pahlawan Negara Kapt (B) Hamid Awang Meninggal Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 2:32 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pahlawan negara, Kapt (B) Hamid Awang yang pernah bertempur menentang komunis di Sarawak ketika mempertahankan tanah air pada 1973, meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju, di sini.

Anak sulungnya, Eranza, 43, berkata ayahnya Hamid, 68, meninggal dunia pada 10.50 pagi ini akibat kegagalan buah pinggang.

"Ayah telah mendapatkan rawatan di hospital itu sejak Isnin lepas," katanya ketika dihubungi Bernama, Jumaat.

Katanya, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Khalid Al-Walid di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD),  Negeri Sembilan selepas solat Jumaat.

Hamid pernah menerima Pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa ketika berusia 26 tahun.Pingat berkenaan dikurniakan kepadanya sebagai tanda menghargai keberanian dan kegagahan beliau sewaktu mengetuai kumpulan yang terdiri daripada lapan anggota, memburu pengganas komunis di Bahagian Pertama Sarawak.

Pasukan itu menemukan satu perkhemahan musuh yang kekuatannya tidak diketahui. Dengan tiga anggota saja, Hamid menyerbu perkhemahan berkenaan setelah kepungan dibuat.

Ketika itu Hamid yang berasal dari Terengganu bertugas dengan Rejimen Kedua Askar Melayu Diraja dan bersara daripada Angkatan Tentera Malaysia pada 1975.

Pingat itu adalah anugerah tertinggi dalam darjah-darjah perkasa dan yang paling kanan dalam senarai keutamaan anugerah Persekutuan. 

Bintang kehormat itu dikurniakan kepada individu yang menunjukkan keberanian luar biasa. Ia disertai dengan elaun.

Menurut laman web bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, sehingga kini 24 individu dikurniakan pingat itu sejak 1963. -- Bernama

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan