Nasi Lemak 'Spiderman' Laris

Diterbitkan: Jumaat, 12 Februari 2016 9:48 AM

Gerai nasi lemak Spiderman jadi tumpuan.

(Ubah saiz teks)

KEHADIRAN 'Spiderman' di bandar Kota Baru, Kelantan sejak seminggu lalu menjadi tumpuan orang ramai sehingga menjadi viral di laman sosial.

Menurut laporan Berita Harian, karakter adiwira itu digunakan sebagai gimik untuk menjual nasi lemak dengan harga RM2 sepaket.

Bapa kepada dua anak, Zawawi Ghazali, 29, memakai pakaian 'Spiderman' untuk menarik orang ramai datang ke gerai nasi lemaknya.

"Ramai menganggap idea saya mengarut, tapi dalam seminggu nasi lemak Siperderman saya dijual antara 150 hingga 300 paket sehari," kata Zawawi.

Lelaki tersebut yang tinggal di Kampung Kemubu, Ketereh berkata dia mula menjual nasi lemak tersebut pada pukul 8 pagi setiap hari.

Dengan bantuan dua anak saudaranya, Mohd Irfan Shukri, 20 dan Mohd Nablan Shukri, 18, Zawawi berkata dia akan menggerakkan gerainya di beberapa lokasi di sekitar bandar Kota Baru.

Beliau berkata kostum Spiderman itu dibeli secara dalam talian dari China dengan harga RM500.

Menurut Zawawi, resipi nasi lemak tersebut merupakan hasil air tangan ibunya, Rahumah Hassan, 53, yang turut menjalankan perniagaan menjual nasi lemak.

Tags / Kata Kunci: Spiderman , nasi lemak

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan